Slide 1

Raih Masa Depan Berkualiti
Dengan Pendidikan Berkualiti

Setelah 30 tahun beroperasi, Sri Aman Kota Bharu telah mendidik ribuan generasi muda yang kini sedang menyumbang kembali kepada masa hadapan negara. SRI Aman Kota Bharu komited untuk meneruskan perjuangan ini. Mari Bersama membantu perjuangan pendidikan dengan menyumbang untuk pembelian tapak kekal dan pembangunan SRI Aman Kota Bharu.

Slide 1

Raih Masa Depan Berkualiti
Dengan Pendidikan Berkualiti

Setelah 30 tahun beroperasi, Sri Aman Kota Bharu telah mendidik ribuan generasi muda yang kini sedang menyumbang kembali kepada masa hadapan negara. SRI Aman Kota Bharu komited untuk meneruskan perjuangan ini. Mari Bersama membantu perjuangan pendidikan dengan menyumbang untuk pembelian tapak kekal dan pembangunan SRI Aman Kota Bharu.

previous arrow
next arrow

Hasrat Kami

SRI  Aman Kota Bharu berhasrat untuk membeli tanah yang sedang disewa sebagai premis pada masa ini. SRI Aman Kota Bharu telah menyewa tanah ini bermula 1994 sehingga sekarang. Selepas 26 tahun, pihak pemilik tanah bersetuju untuk menjual tanah berkeluasan 1.5 ekar ini dengan harga RM3 juta.

Di samping itu, pihak pengurusan SRI Aman Kota Bharu berhasrat  untuk membina infrastruktur baru dengan anggaran kos pembangunan sebanyak RM3 juta. Jumlah keseluruhan kos dianggarkan bernilai RM6 juta.

Tabung Pembangunan SRI Aman Kota Bharu adalah kempen yang diwujudkan untuk membiayai dana pembelian tanah tersebut dan pembangunan infrastruktur di masa hadapan.

Sumbangan Ikhlas

Sumbangan terkumpul untuk Pembelian Tanah & Pembangunan Sri Aman Kota Bharu sehingga 14 Disember 2024

RM 1,603,088.14
26.71%

RM 6,000,000

Tabung Pendidikan Sri Aman

RM
Setiap transaksi ini akan dicas sebanyak .
Personal Info

Donation Total: RM50.00

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

MaksudnyaApabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” 

Play Video

Aktiviti SAKB

Latar Belakang SRI Aman Kota Bharu

SRI Aman Kota Bharu mula beroperasi pada tahun 1991 dan berpindah ke premis sekarang bermula pada tahun 1994. Ia ditubuhkan dengan aspirasi melahirkan generasi pewaris dan menyiapkan bakal pemimpin generasi muslim akan datang.

Pendidikan di SRI Aman Kota Bharu menggunakan konsep Tauhid dan Akhlak merentasi kurikulum. Kurikulum pendidikan islam bersepadu ini bertujuan membentuk sikap, keperibadian, kemahiran dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi kebaikan dunia dan akhirat.

Sejak ditubuhkan sehingga sekarang, ribuan pewaris dan pemimpin generasi muslim telah melalui pendidikan dan tarbiah di SRI Aman Kota Bharu. Justeru, SRI Aman Kota Bharu komited untuk meneruskan proses pendidikan dan tarbiah ini untuk membina masa depan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Pengelola Tabung Pembangunan SRI Aman

Muallimah Syalihah binti Mat Nor

Guru Besar Sekolah Sri Aman Kota Bharu

Azizee Rohim bin Japri

Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Sri Aman Kota Bharu

Muhammad Waliuddin bin Mat Yusoff

Pengurus Projek Tabung Pembangunan Sri Aman Kota Bharu

Pejabat Operasi

4201-S, Lorong Merican, Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Follow Kami Di Media Sosial

Bantuan

Bantuan juga boleh disalurkan kepada akaun rasmi bank kami dibawah.

0303 6010 164632

03020002966711

Nama Akaun : Tabung Pembangunan Sri Aman Kota Bharu

Pertanyaan & Bukti Pembayaran:

En Muhammad : 60 14-7038762